Rural Business Challenge 2016

Program Rural Business Challenge (RBC) 2016 merupakan program yang memberi peluang kepada belia Malaysia memperlihatkan kecenderungan, minat serta kesunguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau sumber pendapatan mereka.

Melalui program ini, Pertandingan RBC diwujudkan bagi memilih usahawan belia untuk bersama-sama memajukan ekonomi luar bandar. Dalam Pertandingan RBC ini, golongan belia yang merupakan sasaran penyertaan pertandingan perlu menyediakan Rancangan Perniagaan berdasarkan format yang ditetapkan dan cadangan tersebut hendaklah dilaksanakan di luar bandar.

Usahawan yang berjaya dipilih sebagai pemenangakan menerima geran perniagaan dan kemudahan pembiayaan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) sehingga RM 1 juta.

 

Maklumat lanjut sila layari www.rbc.my